NADI-CARE Gaya Hidup Aktif Langkah Pertama Menuju Kesihatan Optimum
9 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 08 Mei 2026, seorang peserta telah menyertai NADI-CARE Gaya Hidup Aktif Langkah Pertama Menuju Kesihatan Optimum yang dijalankan secara langsung melalui sesi live webinar. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif bagi memastikan tahap kesihatan tubuh sentiasa berada dalam keadaan baik dan lebih berkualiti.
Dalam live webinar tersebut, peserta didedahkan kepada kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara konsisten untuk meningkatkan kecergasan tubuh, membantu kawalan berat badan serta mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Selain itu, peserta turut diberikan kesedaran bahawa amalan gaya hidup aktif bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, malah membantu meningkatkan kesihatan mental, tenaga harian dan kualiti kehidupan secara keseluruhan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: